Tuesday, September 8, 2009

SYARIKAT KAMI




Diperbadankan pada tahun 1972, MNRB Holdings Berhad (MNRB) merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang mempunyai anak-anak syarikat terlibat dalam perniagaan reinsurans dan insurans. MNRB yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad telah mencatat perolehan sebanyak RM978.6 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008.

Dana pemegang saham MNRB telah meningkat kepada RM893.9 juta pada tempoh yang sama dengan jumlah aset bernilai lebih RM2.6 bilion. Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Bumiputra di bawah naungan PNB merupakan pemegang saham terbesar MNRB.

No comments:

Post a Comment