- MOTOR
- NON MOTOR
MOTOR
Pengenalan
Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan bermotor dilindungi insurans sebelum digunakan di jalan raya. Tetapi adakah SEMUA perlindungan insurans atau takaful adalah sama? Tidak semestinya. Walaupun kenderaan bermotor adalah kelas yang ditarifkan, syarikat insurans dan takaful dibenarkan untuk mengenakan paras tambahan dan deduktibel yang berbeza. Tambahan pula, syarikat menawarkan servis dan teknologi yang berlainan serta cara pengurusan tuntutan insurans yang berbeza.
Kami di Takaful IKHLAS, memahami keperluan anda. Dalam hal ini, kami tidak mengenakan tambahan atau melaksanakan deduktibel. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan kes, jika berlaku kemalangan, kami menjamin untuk meluluskan tuntutan anda dengan segera melalui proses tuntutan yang mesra pelanggan. Kesemua sebutharga adalah berdasarkan kepada alat ganti tulen. Anda juga boleh menggunakan khidmat bantuan jalanraya 24 jam untuk bantuan jika berlaku kecemasan. Oleh yang demikian, kami telah membina reputasi yang baik bagi penyelesaian tuntutan yang adil dan cepat.
IKHLAS MOTOR menawarkan dua jenis perlindungan motor yang dikenali sebagai IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR dan IKHLAS THIRD PARTY TAKAFUL.
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Motor Takaful?
1. | IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR |
Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga, serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda. | |
2. | IKHLAS THIRD PARTY MOTOR |
Ia melindungi amaun yang sepatutnya ditanggung oleh anda atau pemandu yang dibenarkan oleh anda terhadap kematian, kecederaan, kerosakan harta pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda. | |
3. | FAEDAH PILIHAN |
Faedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-
|
Mengapa memilih IKHLAS Motor Takaful?
- Khidmat Bantuan Jalanraya 24 jam BANTUAN IKHLAS
Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan. Bagi IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR, perkhidmatan ini akan membolehkan kereta anda ditunda ke panel bengkel kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan (penundaan percuma sehingga RM200).
- Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
IKHLAS MOTOR menggunakan teknologi terkini Sistem AnggaranTuntutan Elektronik
yang membolehkan kelulusan tuntutan pembaikan kenderaan yang pantas, dalam tempoh 24 jam.
- E-Covernote
IKHLAS MOTOR membolehkan peserta kami mendapat perlindungan baru dan pembaharuan dengan segera. Ia juga dihubungkan terus secara elektronik dengan JPJ untuk pengeluaran cakera cukai jalan.
Dengan IKHLAS MOTORIST P.A. TAKAFUL, anda boleh memandu dengan penuh ketenangan, mengetahui diri dan penumpang anda dilindungi jika kemalangan berlaku. (Pelan ini bukan sahaja melindungi pemandu malah penumpangnya daripada kecederaan badan atau kehilangan nyawa ketika memandu, menaiki atau menuruni dari kenderaan).
Carta Faedah
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kenapa Memilih IKHLAS Motorist P.A. Takaful?
Penyertaan Yang Mudah dan Cepat
Cuma pilih perlindungan yang anda inginkan dan anda akan dilindungi dengan serta-merta!
Syarat Kelayakan
Usia dikeluarkan : 1 – 75 tahun, umur di harijadi berikutnya
Kelas Pekerjaan : 1, 2 & 3
Carta Sumbangan
| |||||||||||||||||||||||
Dengan IKHLAS MOTORIST P.A. TAKAFUL, anda boleh memandu dengan penuh ketenangan, mengetahui diri dan penumpang anda dilindungi jika kemalangan berlaku. (Pelan ini bukan sahaja melindungi pemandu malah penumpangnya daripada kecederaan badan atau kehilangan nyawa ketika memandu, menaiki atau menuruni dari kenderaan).
Carta Faedah
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kenapa Memilih IKHLAS Motorist P.A. Takaful?
Penyertaan Yang Mudah dan Cepat
Cuma pilih perlindungan yang anda inginkan dan anda akan dilindungi dengan serta-merta!
Syarat Kelayakan
Usia dikeluarkan : 1 – 75 tahun, umur di harijadi berikutnya
Kelas Pekerjaan : 1, 2 & 3
Carta Sumbangan
| |||||||||||||||||||||||
|
|
|
Nota pengecualian:
Maklumat ini bukan merupakan satu kontrak. Sila rujuk kontrak asal untuk butiran penuh.
Pengenalan Hanya ikut 3 langkah mudah dan sebuah kereta ganti sementara akan diserahkan kepada anda jika berlaku kemalangan atau kecurian terhadap kereta anda. Dengan CRP, anda tidak perlu risau jika tidak mempunyai kereta sementara ketika menantikan kereta baru atau diperbaiki bagi meneruskan aktiviti harian anda. Pilihan Pakej
3 Langkah Mudah Proses pengambilan penggantian kereta Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 | |||||||||||||||
NON MOTOR
No comments:
Post a Comment