Tuesday, September 8, 2009

TENTANG TAKAFUL IKHLAS


Dalam tempoh enam tahun operasi kami, Takaful IKHLAS telah mengukuhkan kehadirannya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam. Kini reputasi kami dalam pasaran sebagai satu ‘jenama’ dinamik begitu dikenali ramai.

Hingga kini, lebih daripada 1,000,000 individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada kami dan menjadi pemegang sijil (peserta).

Komitmen dan pegangan kami kepada nilai-nilai yang amat kami hargai, bersamasama dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian dengan perjalanan perniagaan, telah membina nama baik kami atas pendekatan dan penyediaan perkhidmatan yang beretika.

Portfolio kami meliputi rangkaian Pelan Takaful Keluarga, berkelompok dan Am serta rider-rider untuk individu dan usahaniaga komersial. Banyak lagi produk dan perkhidmatan yang sedang kami rancangkan untuk jangkamasa yang terdekat. Saluran pengedaran / perkhidmatan kami yang terdiri daripada mereka yang berpengetahuan tinggi dan terlatih sentiasa bekerjasama rapat dengan warga kerja kami. Saluran-saluran ini terdiri daripada lebih 6,000 orang ejen, broker, institusi kewangan, pemegang francais kenderaan bermotor, koperasi dan organisasi-organisasi Islam.

Hanya dalam tempoh dua tahun, kami telah mewujudkan rangkaian ejensi yang luas dengan kehadiran kami di semua pusat bandar utama serta beberapa bandar kecil, di Malaysia Barat dan Timur. Piawaian etika tinggi yang telah kami tetapkan untuk warga kerja dan rakan kongsi perniagaan boleh dilihat menerusi tindak balas kami yang pantas terhadap para pelanggan dan reputasi kami dalam perkhidmatan tuntutan yang adil dan cepat. Kami tidak mempunyai sebarang pembayaran tuntutan “tertunggak” dengan kelulusan diproses dalam masa 24 jam bagi kebanyakan kes.

Selari dengan komitmen kami mencapai kecemerlangan, kami telah menyediakan satu sistem pengurusan prestasi yang berdasarkan kepada meritokrasi untuk warga kerja kami. Kami turut mendapatkan khidmat perunding untuk menjalankan kajian daya kecekapan yang menyeluruh untuk semua warga kerja bagi mempertingkatkan kebolehan mereka.

Kami juga telah melaksanakan program berdasarkan sistem nilai bagi semua warga kerja untuk memastikan mereka terus mematuhi nilai teras kami.

Penggunaan teknologi kami dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Hingga kini, kami telah membuat pelaburan yang besar dalam bidang ini sebagai menyokong falsafah kami untuk mewujudkan kecekapan dan keberkesanan dalam memberi perkhidmatan kepada para peserta dan rakan kongsi perniagaan kami.

Selain daripada menggunakan teknologi terkini untuk memacu proses di barisan hadapan dan di belakang kami, serta menyepadukan kedua-duanya, kami juga merupakan antara syarikat yang pertama menggunakan Sistem e-Covernote yang menghubungkan Takaful IKHLAS dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ. Selain itu, kami juga mempunyai satu Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik yang berupaya mempercepatkan proses penilaian tuntutan kenderaan bermotor. Kami juga, turut melancarkan portal ejensi, I-POS yang membolehkan para ejen menyemak portfolio perniagaan mereka. Pada waktu yang sama kami telah menjadi perintis dalam memperkenalkan pembelian Takaful motor untuk pembelian baru serta pembaharuan yang digelar sebagai e-IKHLAS.

Kami juga telah memperkenalkan portal e-marine yang membolehkan ejen dan bank terpilih mengeluarkan sijil dengan segera bagi keperluan Takaful Kargo Marin. Sistem e-covernote yang sedia ada juga telah dikembangkan dengan penambahan perniagaan Takaful Non-Motor yang membenarkan ejen untuk mengeluarkan sijil Kebakaran, Houseowner, Householder dan Kemalangan Peribadi kepada pelanggan kami.

Dari sudut korporat, syarikat induk kami, MNRB Holdings Berhad atau dahulunya dikenali sebagai Malaysian National Reinsurance Berhad, telah meningkatkan Modal Berbayar kami kepada RM195 juta bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa selain mengembangkan perniagaan kami dalam industri Takaful.

Memandang ke hadapan, prospek bagi dua tahun yang akan datang menjanjikan pencapaian yang lebih baik bukan hanya kepada Syarikat, bahkan juga kepada para peserta dan juga rakan kongsi perniagaan. Ini selaras dengan usaha kami untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan memberi pulangan yang lebih baik kepada semua pemegang kepentingan kami. InsyaAllah, lebih banyak kejayaan akan dicapai. Matlamat kami adalah untuk menjadikan Takaful IKHLAS sebagai penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam.

No comments:

Post a Comment