Visi
Takaful IKHLAS berazam untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam.
Misi
Kami beriltizam untuk menyediakan produk-produk bernilai tambah dan perkhidmatan berkualiti melalui warga kerja yang cekap, rangkaian pengedaran berkesan dan teknologi yang membantu kecekapan malah cekap dan berinovasi dalam pengurusan perniagaan, persekitaran yang kreatif, dinamik dan agresif. Perlaksanan perniagaan akan berteraskan kefahaman yang jelas mengenai keperluan pasaran dan pertumbuhan yang terancang.
Nilai Teras
Nilai-nilai kami meliputi keseluruhan organisasi ini. Prinsip-prinsip inilah yang akan menjadi panduan kami untuk berjaya dalam perniagaan, serta membantu kami menghadapi masa depan, daripada operasi perniagaan harian hinggalah kepada pembangunan produk dan perkhidmatan pelanggan.
Nilai-Nilai Islam
Kami bertekad untuk membangunkan sebuah syarikat yang bermoral dan beretika di mana warga kerjanya berpegang teguh kepada nilai-nilai agama dan mengamalkan nilai etika yang terbaik.
Syarikat Kami
Kami bertekad untuk membentuk warga kerja yang mampu memberi perkhidmatan terbaik dan menepati janji kepada para peserta dan rakan perniagaan kami, selain menjadikan segala urusan sebagai tanggungjawab peribadi. Kami akan berusaha untuk memajukan warga kerja dan ejen kami dalam kerjaya pilihan mereka serta menyemai rasa jati diri dan menganggap Syarikat adalah milik bersama.
Kestabilan Kewangan
Kami bertekad mendapatkan keyakinan para peserta kami menerusi reputasi perkhidmatan terbaik dengan menawarkan perkhidmatan tuntutan pampasan yang tepat dan cekap serta memastikan kestabilan kedudukan kewangan Syarikat. Kami percaya ini akan menjadi asas untuk menjamin keyakinan para peserta kami.
Mengutamakan Pelanggan
Kami percaya dengan mengamalkan sikap proaktif dan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan dan keinginan para peserta yang sentiasa berubah, menerusi penghasilan produk dan perkhidmatan bernilai-tambah, kami berupaya memenuhi aspirasi para pemegang saham kami.
Budaya Kualiti
Kami bertekad untuk melakukan setiap perkara dengan betul pada kali pertama dan pada setiap kali ianya dilakukan. Kualiti dan peningkatan berterusan akan menjadi pendorong utama dalam semua proses pengurusan kami.
Polisi Kualiti
Untuk membentuk sebuah institusi kewangan Islam yang dinamik dan progresif, dengan :
1. | Melibatkan semua warga kerja dalam meningkatkan semua aktiviti secara berterusan untuk memenuhi atau melangkaui jangkaan pelanggan. |
2. | Menerapkan proses peningkatan berterusan yang membawa Takaful IKHLAS untuk terus komited kepada budaya kualiti melalui :
|
Visi dan misi Syarikat telah diperhalusi dengan terperinci. Semuanya adalah sia-sia tanpa sokongan perilaku yang bersesuaian iaitu dengan mengamalkan budaya yang positif. Kami percaya, dengan mengamalkan sifat-sifat berikut serta nilai dan sikap yang positif, kami akan sama-sama mencapai matlamat Syarikat:
1. | Nilai IKHLAS |
2. | Pemikiran Berkualiti |
3. | Berlandaskan Keputusan |
4. | Kepimpinan |
5. | Profesionalisme |
6. | Mengutamakan Pelanggan |
7. | Komunikasi |
8. | Kerja Berpasukan |
No comments:
Post a Comment